Abstract
Seni pertahankan diri iaitu silat merupakan warisan budaya dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman dahulu hingga sekarang. Seni mempertahankan diri ini diturunkan dari berabad yang terdahulu bagi memelihara warisan, identitI dan jati diri Orang Melayu dan seni ini juga diturunkan ilmunya turun temurun kepada generasi pada zaman sekarang agar tidak dilupakan selari dengan kemajuan negara yang semakin kembang pesat dari masa ke semasa. Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan memperkenalkan sejarah asal usul silat tongkat yang ramai tidak tahu kewujudannya serta pergerakan-pergerakan yang ada di dalam silat tongkat. Menerusi kajian ini, terdapat 26 pergerakan yang ada di dalam silat tongkat ini dan juga terbongkarnya rahsia asal usul semua silat yang ada di negara ini datangnya daripada Pattani, Thailand. Teknik dari setiap pergerakan yang dijelaskan dengan terperinci membantu memberi pengetahuan dan pemahaman bahawa silat ini tidak boleh dilupakan dan harus diwarisi oleh orang-orang muda zaman sekarang yang masih bertenaga di samping silat ini juga mampu digunakan serta diamalkan untuk mempertahankan diri jika berlaku sebarang masalah atau dalam keadaan bahaya.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zuki, Muhammad Loqman UNSPECIFIED Md Izah, Muhammad Suhaimi UNSPECIFIED Md. Jali, Jafalizan UNSPECIFIED Jamaludin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 5 |
Number: | 3 |
Page Range: | pp. 94-104 |
Keywords: | silat tongkat, seni pertahankan diri, Gerakan, asal-usul, warisan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92503 |