Abstract
Bangsa Melayu merupakan kaum majoriti yang terdapat di Malaysia. Mereka mempunyai pakaian tradisional yang tersendiri dan ianya berbeza untuk lelaki dan wanita. Pada kebiasaannya tiada warna spesifik pada mereka. Cara berpakaian bagi lelaki adalah memakai Baju Melayu iaitu baju longgar yang dipasangkan dengan sepasang seluar dan kain sarung yang lebih dikenali sebagai Sampin. Lelaki juga memakai topi tradisional untuk dipadankan dengan Baju Melayu, yang diberi nama Songkok atau Kopiah. Songkok semakin dimodenkan melalui cara pembuatannya kerana kebanyakannya telah diperbuat daripada kain baldu berwarna hitam yang telah dijahit pada lapisan kertas yang sedikit keras dan ia juga telah diserikan dengan hiasan pada bahagian tepinya dengan hiasan seperti renda, ropol, sulaman bermotif dan sebagainya. Artikel ini ditulis bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan informasi kepada masyarakat mengenai Songkok Gundal. Tentang pentingnya menjaga atau mengekalkan kesinambungan tamadun warisan terdahulu supaya tidak hilang begitu sahaja. Artikel ini berkisar tentang sejarah kaedah dan cara pembuatan Songkok Gundal yang hanya terdapat di negeri Pahang.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Wan Hasanuddin, Che Wan Nurmas Azura UNSPECIFIED Anuar, Nur Haziqah UNSPECIFIED Mat Yatin, Saiful Farik UNSPECIFIED Sumiarsih, Eni UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Clothing trade |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 5 |
Number: | 3 |
Page Range: | pp. 57-74 |
Keywords: | Songkok, Pahang, Pakaian Tradisional, Tradisi Tempatan, Teknik Pembuatan. |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92497 |