Kuih tradisional masyarakat Melayu Kedah: kuih dangai / Farhana Mohd Saiful Rushdy ... [et al.]

Mohd Saiful Rushdy, Farhana and Mohd Aziz, Nor Syazwani and Samsudin, Ahmad Zam Hariro and Abu Bakar, Amzari (2021) Kuih tradisional masyarakat Melayu Kedah: kuih dangai / Farhana Mohd Saiful Rushdy ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 5 (2). pp. 94-113. ISSN 2600-7088

Abstract

Konteks warisan dan budaya Malaysia seperti makanan, cara hidup, adat resam dan pantang larang dapat mempengaruhi persekitaran budaya bagi sesuatu kaum yang terdapat di Malaysia. Peninggalan nenek moyang yang terdahulu mampu memberi kesan kepada generasi masa kini dalam mengekalkan warisan dan budaya.Malaysia sememangnya kaya dengan daya tarikan yang tersendiri. Makanan tradisional merupakan salah satu keunikan masyarakat Melayu di Malaysia. Masyarakat Kedah merupakan salah satu masyarakat yang masih mengekalkan sifat-sifat ke-Melayuan sama seperti kaum Melayu yang terdapat di negeri lain yang mana mempunyai warisan dan budaya tersendiri. Kajian ini adalah berkaitan kuih tradisional iaitu kuih dangai yang merupakan kuih tradisional masyarakat Kedah yang mempunyai keunikan tersendiri dari segi cara pembuatan, bahan yang digunakan, rasa ataupun alatan yang digunakan yang boleh menjadi tarikan kepada masyarakat kini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tiga bahan utama dalam pembuatan kuih dangai iaitu tepung, kelapa dan gula serta proses atau kaedah pembuatan. Kajian ini juga turut dilaksanakan bagi memastikan kuih tradisional ini iaitu kuih dangai terus dikenali oleh masyarakat masa kini mahupun masa hadapan. Oleh itu, kajian ini adalah penting bagi memperkenalkan kuih dangai kepada masyarakat bukan saja masyarakat setempat malah masyarakat luar dari Kedah agar warisan dan budaya tidak dilupakan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Saiful Rushdy, Farhana
UNSPECIFIED
Mohd Aziz, Nor Syazwani
UNSPECIFIED
Samsudin, Ahmad Zam Hariro
UNSPECIFIED
Abu Bakar, Amzari
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TX Home economics > Cooking, Malay
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
ISSN: 2600-7088
Volume: 5
Number: 2
Page Range: pp. 94-113
Keywords: Kuih dangai, warisan, masyarakat, tradisional, Kedah
Date: October 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92423
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 92423.pdf] Text
92423.pdf

Download (820kB)

ID Number

92423

Indexing

Statistic

Statistic details