Abstract
Malaysia kini dikenali sebagai sebuah negara yang sedang berdiri megah untuk membangun. Namun, dalam usaha untuk membangunkan negara ini, wujudnya pembinaan-pembinaan yang lama dan kaya dengan pelbagai peristiwa serta memiliki keunikan struktur yang tersendiri. Antaranya ialah stesen kereta api, bangunan pentadbiran kerajaan, sekolah, masjid, dan rumah-rumah kerajaan. Bangunan-bangunan ini seharusnya dipulihara supaya tidak lapuk ditelan zaman. Kajian ini akan menceritakan tentang Kuala Lipis, Pahang yang merupakan salah satu lokasi terdapat bangunan bersejarah yang masyhur dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Tambahan pula, kajian ini akan merungkaikan kisah yang menarik di sebalik bangunan Pejabat Pentadbiran Daerah Lipis yang dibangunkan pada tahun 1919 yang dibina oleh pihak British untuk tujuan pentadbiran mereka pada tahun tersebut. Pertama sekali, kajian yang dilakukan ini akan membincangkan tentang peristiwaperistiwa yang pernah berlaku di bangunan pentadbiran tersebut. Selain itu, kajian ini juga untuk mengetahui bahan-bahan yang digunakan serta kaedah untuk memelihara bangunan Pejabat Pentadbiran Daerah Lipis. Kajian ini menggunakan sumber utama, sumber kedua, serta kajian lapangan untuk mendapatkan maklumat tentang bangunan ini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Norazahar, Aina Nasuha UNSPECIFIED Ayub, Siti Nur Hanun UNSPECIFIED Jamaludin, Aniza UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Historic buildings |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 5 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 74-93 |
Keywords: | Bangunan, Warisan, Sejarah, Kuala Lipis, Pahang |
Date: | October 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92419 |