Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai aktiviti penelayanan di kawasan ini kerana secara khususnya fenomena permasalahan nelayan bukan lagi perkara baru kepada kita semua malah kegiatan ekonomi tradisi orang melayu sering dipersoalkan apabila timbul isu-isu tentang kemiskinan. Sekiranya tiada pendekatan yang lebih konkrit lagi digunakan untuk menyelami dilema mereka maka besar kemungkinan kepupusan pekerjaan tradisi orang melayu akan terjadi. Maka atas inisiatif ini kajian yang cuba untuk diketengahkan terhadap masyarakat nelayan Kampung Buntal ialah untuk menghurai dan membincangkan seberapa yang dapat tentang kepekaan mereka dalam situasi semasa. Di samping itu sejak akhir-akhir ini aktiviti nelayan di sini tidak begitu menyerlah dan popular disebabkan orang lebih kenal dengan gerai makanan laut dan pantainya. Kesimpulannya kajian ini akan cuba membawa pembaca untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang kehidupan sebenar yang dialami oleh masyarakat nelayan di sini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abg Morni, Abg Dzulkhunaini UNSPECIFIED Kahar, Parseh UNSPECIFIED Kabe, Salleh UNSPECIFIED Olel, Seman UNSPECIFIED Wan Bujang, Wan Abdullah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | masyarakat nelayan, pendapatan, kegiatan ekonomi, Kampung Buntal |
Date: | 1998 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92318 |
Download
92318.pdf
Download (988kB)