Abstract
Minggu Destini Siswa (MDS) yang dianjurkan oleh UiTM ini boleh dikatakan acara wajib saban tahun bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan kehidupan di kampus termasuklah persekitaran, kaedah pengajian, budaya dan aspek pembinaan sahsiah. Menerusi MDS ini, para pelajar akan dapat berkenalan dengan rakan-rakan lain dari negeri dan latar belakang yang berbeza. Oleh itu, sepanjang MDS 2023 yang telah pun bermula ini, para pelajar didedahkan dengan pelbagai bentuk program dan pengisian yang memberi peluang kepada anda untuk mengenali UiTM dan Pusat Asasi ini dengan lebih dekat lagi. Para pelajar juga dapat mengetahui fungsi setiap Pusat Tanggungjawab yang terdapat di sini. Justeru, ambillah peluang ini untuk bertanyakan soalan, berinteraksi antara rakan pelajar dan meneroka persekitaran kampus untuk membiasakan diri dengan suasana baru ini.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Speech) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Janor, Roziah roziahmj@uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Selangor |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Vice Chancellor Office |
Event Title: | Minggu Destini Siswa Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil Sesi Julai - Disember 2023 |
Event Dates: | 25 Julai 2023 |
Page Range: | pp. 1-7 |
Keywords: | MDS, Pusat Asasi, pelbagai program |
Collections: | UiTM Vice Chancellor |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92275 |