Abstract
Kompleks Sejarah Pasir Salak merupakan satu kompleks bersejarah yang mempunyai pelbagai binaan dan monumen bersejarah di dalamnya dimana setiap binaan bersejarah tersebut mempunyai keunikan dan sejarah tersendiri di sebalik penubuhannya. Di Malaysia, didapati bahawa tidak banyak terdapat dokumentasi kajian yang merangkumi binaan-binaan bersejarah Kompleks Sejarah Pasir Salak. Kajian-kajian yang ada daripada (Khairul Fikri, 2019 dan Mohamad Syamsul Akmar, 2012), tidak memfokuskan kepada aspek binaan bersejarah malah menjurus kepada hanya satu binaan dan pengurusan di Kompleks Sejarah Pasir Salak. Oleh itu, untuk tujuan mengkaji, satu kajian telah dilaksanakan tentang warisan sejarah dan peristiwa di sebalik penubuhan bangunan dan monumen bersejarah di Kompleks Sejarah Pasir Salak serta ciri-ciri istimewa yang terdapat. Di samping itu, artikel ini juga menerangkan dengan lebih lanjut tentang peristiwa lepas di Pasir Salak yang menjadi asas dan mendorong kepada penubuhan Kompleks Sejarah Pasir Salak. Bukan itu sahaja, aspek penjagaan setiap binaan bersejarah juga dibincangkan oleh kerana setiap binaan dan bahan bersejarah ini mempunyai ciri-ciri istimewa yang berbeza dan memerlukan penjagaan khas.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Husin, Siti Nuraisyah UNSPECIFIED Ruszaimi, Azreen Natasya UNSPECIFIED Bunawan, Ap-Azli UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Historic buildings |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 5 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 155-174 |
Keywords: | Kompleks Sejarah Pasir Salak, binaan bersejarah, Pasir Salak, peristiwa, Tugu peringatan, diorama |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92159 |