Abstract
Makyung diklasifikasikan sebagai seni teater tradisional masyarakat Melayu yang telah wujud empat ratus tahun yang lampau dan asal usulnya bermula di Istana Melayu Pattani serta mula berkembang terutamanya di negeri Kelantan. Persembahan Makyung telah menggabungkan tiga elemen utama iaitu tari, nyanyi, dan lakon dimana setiap watak memainkan peranan masing-masing dalam sebuah cerita tersebut. Namun begitu, masyarakat majmuk pada hari ini masih lagi tidak mengenali Makyung secara lebih mendalam. Selain itu, terdapat beberapa masalah antaranya jurang dalam sastera menyebabkan seni teater ini mulai tenggelam. Walau bagaimanapun, pada tahun 2005, Makyung telah diangkat sebagai warisan seni budaya antarabangsa disebabkan persembahan Makyung telah memukau mata masyarakat serta memberi nilai moral kepada negara. Di dalam artikel ini, kami telah menjalankan kaedah kualitatif dimana menemu bual Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan yang mempunyai pengalaman lebih sembilan belas tahun dalam industri ini. Secara noktahnya, seni teater tradisional ini telah banyak memberikan kepentingan dan sumbangan antaranya menyemai nilai moral kepada masyarakat, meningkatkan kualiti seni warisan dan memperkembangkan seni kebudayaan kepada masyarakat setempat.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammed Azanan, Muhammad Firdaus UNSPECIFIED Tan, Karine Michelle Magros UNSPECIFIED Jamaludin, Aniza UNSPECIFIED Kamarudin, Hanis Diyana UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 5 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 142-154 |
Keywords: | Makyung, Seni teater tradisional, Pakyung, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Kelantan, UNESCO |
Date: | April 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92158 |