Abstract
Artikel ini bertujuan untuk mengkaji sejarah hidup tokoh alumni Fakulti Pengurusan Maklumat Pn. Norfardilla Mohd Nor ketika beliau menjadi pelajar di Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM dan juga sewaktu beliau bergelar Pustakawan di Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menemubual tokoh tersebut dengan menggunakan platform atas talian Zoom. Hasil kajian mendapati beliau menjadi pelajar dalam bidang Diploma Lanjutan Sains Perpustakaan dan Maklumat di Fakulti Pengajian Maklumat di UiTM Shah Alam selama 4 tahun. Setelah menamatkan pengajian dan selesai menjalani latihan praktikal beliau terus mendapat tawaran berkhidmat di Perpustakaan Awam Negeri Kedah di Bahagian Perkhidmatan Pengguna dan seterusnya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Sektor Pengurusan dan Perancangan di Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Sebagai seorang yang ceria dan tidak suka memikirkan hal-hal yang remeh, menjadikan beliau seorang yang berfikiran kehadapan dan sentiasa positif untuk mengharungi cabaran dalam hidup. Keyakinan dan usaha beliau menjadikan diri beliau sekarang di mana beliau sendiri tidak pernah jangkakan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Amril, Siti Nor Aishah UNSPECIFIED Sanusi, Nur Jasni UNSPECIFIED Mat Yatin, Saiful Farik UNSPECIFIED Ab Rahman, Azmi UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Personnel. Librarians |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 5 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 122-141 |
Keywords: | Alumni, Fakulti Pengurusan Maklumat, Norfardilla, pustakawan, Ketua Sektor Pengurusan dan Perancangan |
Date: | April 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92156 |