Masyarakat Bengkulu di Malaysia / Nor Mizan Adilla Mohd Sobri ... [et al.]

Mohd Sobri, Nor Mizan Adilla and Raihan, Siti Nur Izzati and Abdul Kadir, Irwan Kamaruddin and Mohd Yunus, Alwi (2021) Masyarakat Bengkulu di Malaysia / Nor Mizan Adilla Mohd Sobri ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 5 (1). pp. 101-121. ISSN 2600-7088
Abstract

Kajian ini adalah tentang masyarakat Bengkulu di Kampung Padang Behrang Stesen, Perak. Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian etnik dan budaya dan masyarakat Bengkulu merupakan salah satu masyarakat minoriti yang wujud di Malaysia. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji asal usul dan faktor penghijrahan masyarakat Bengkulu ke Malaysia. Masyarakat Bengkulu ini berasal daripada Sumatera Indonesia. Namun, diatas desakan hidup masyarakat ini berhijrah ke Malaysia bagi meneruskan kehidupannya disini. Selain itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti budaya dan ekonomi masyarakat Bengkulu. Masyarakat ini mempunyai pelbagai budaya unik yang perlu diperkenalkan seperti tarian, makanan, bahasa, pakaian dan lain - lain. Ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Bengkulu adalah seperti pertanian, perdagangan, perladangan dan lain - lain. Kajian ini turut dilakukan bagi menganalisis cabaran - cabaran yang dihadapi oleh masyarakat ini dalam memastikan masyarakat ini terus dikenali. Oleh itu, kajian ini adalah penting bagi memperkenalkan masyarakat ini kepada masyarakat lain agar warisan yang dimiliki tidak dilupakan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 92154.pdf]
Text
92154.pdf
Download (584kB)
Indexing & Metrics