Abstract
Kajian ini adalah tentang masyarakat Bengkulu di Kampung Padang Behrang Stesen, Perak. Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian etnik dan budaya dan masyarakat Bengkulu merupakan salah satu masyarakat minoriti yang wujud di Malaysia. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji asal usul dan faktor penghijrahan masyarakat Bengkulu ke Malaysia. Masyarakat Bengkulu ini berasal daripada Sumatera Indonesia. Namun, diatas desakan hidup masyarakat ini berhijrah ke Malaysia bagi meneruskan kehidupannya disini. Selain itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti budaya dan ekonomi masyarakat Bengkulu. Masyarakat ini mempunyai pelbagai budaya unik yang perlu diperkenalkan seperti tarian, makanan, bahasa, pakaian dan lain - lain. Ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Bengkulu adalah seperti pertanian, perdagangan, perladangan dan lain - lain. Kajian ini turut dilakukan bagi menganalisis cabaran - cabaran yang dihadapi oleh masyarakat ini dalam memastikan masyarakat ini terus dikenali. Oleh itu, kajian ini adalah penting bagi memperkenalkan masyarakat ini kepada masyarakat lain agar warisan yang dimiliki tidak dilupakan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Sobri, Nor Mizan Adilla UNSPECIFIED Raihan, Siti Nur Izzati UNSPECIFIED Abdul Kadir, Irwan Kamaruddin UNSPECIFIED Mohd Yunus, Alwi UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 5 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 101-121 |
Keywords: | Bengkulu, Serawai, Bulang, Rebana, Tat Bengkulu dan Tarian Bubu |
Date: | April 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92154 |