Blok batik: keunikan dan kebanggaan seni warisan halus Melayu / Nur Amalia Mohd Zaki ... [et al.]

Mohd Zaki, Nur Amalia and Zulkipli, Nur Shahirah and Pati Khan, Mazlina and Md Jali, Jafalizan (2021) Blok batik: keunikan dan kebanggaan seni warisan halus Melayu / Nur Amalia Mohd Zaki ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 5 (1). pp. 28-48. ISSN 2600-7088

Abstract

Seni halus rekaan batik merupakan satu warisan yang tertua di Malaysia. Ciriciri yang terdapat dapat seni kraf batik kebiasaannya dapat dilihat dari segi teknik pembuatan dan hasil kreativiti penggiatnya. Keseniaan batik bukan sahaja terhad kepada pakaian namun ianya juga terdapat pada kraftangan lain seperti cenderamata, perhiasan dalaman dan juga luaran.. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah kraftangan blok batik di Malaysia, untuk mengenalpasti jenis-jenis, teknik serta keunikkan blok batik yang wujud di Malaysia dan juga untuk mengenalpasti perbezaan blok batik antara Malaysia dan Indonesia. Kelestarian nilai estetika yang terdapat pada batik merupakan pencetus kepada pembangunan industri kraf di kedua-dua negara. Kaedah penyelidikan yang dijalankan adalah secara temubual tokoh Adiguru dalam bidang blok batik di Kelantan iaitu Md. Ghani bin Mat.. Kajian ini dilaksanakan secara kaedah temubual bersemuka kerana penyelidik ingin mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai bidang pembuatan batik daripada pakar dan sudah bergiat lama dalam industri ini. Kajian ini memperoleh banyak maklumat yang memenuhi objektif kajian ini dilakukan iaitu untuk mengkaji sejarah kraftangan blok batik di Malaysia, untuk mengenalpasti jenis-jenis, teknik serta keunikkan blok batik di Malaysia dan untuk mengenalpasti perbezaan batik Malaysia dan Indonesia. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa negara memerlukan lebih ramai penggiat untuk menjadikan industri ini tetap utuh dan memberikan peluang pendapatan kepada masyarakat. Oleh itu, semua pihak mestilah berganding bahu dalam memastikan industri ini bertahan dan generasi muda faham akan betapa bernilainya warisan negara yang perlu dipelihara.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zaki, Nur Amalia
UNSPECIFIED
Zulkipli, Nur Shahirah
UNSPECIFIED
Pati Khan, Mazlina
UNSPECIFIED
Md Jali, Jafalizan
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology > Culture
N Fine Arts > ND Painting
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
ISSN: 2600-7088
Volume: 5
Number: 1
Page Range: pp. 28-48
Keywords: Blok Batik, Adiguru, Seni Halus, Warisan, Kraftangan Melayu
Date: April 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92127
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 92127.pdf] Text
92127.pdf

Download (977kB)

ID Number

92127

Indexing

Statistic

Statistic details