Abstract
Dalam arus pemodenan ini, silat kini tidak lagi dianggap sebagai suatu warisan atau khazanah yang penting dan patut dipelajari. Seperkara lagi, remaja masa kini mulai pudar akan minat terhadap seni silat di negara kita. Dengan itu, usaha bagi melindungi dan memupuk tradisi warisan bangsa dikalangan masyarakat haruslah di tingkatkan bagi membuka mata dunia tentang kelebihan silat di negara kita ke peringkat antarabangsa. Oleh itu, penyelidikan telah dilakukan untuk merungkai tentang warisan seni yang kian dilupakan iaitu silat. Silat yang merupakan seni bela diri bangsa Melayu yang kini diiktiraf sebagai seni bela diri dalam Akta Warisan Negara. Terdapat beberapa pertubuhan silat yang sehingga kini masih bertahan dan memartabatkan warisan seni ini. Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh pertubuhan ini. Ia menjurus kepada Silat Melayu yang diamalkan oleh orangorang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yang dianggap sebagai silat asli tempatan atau silat versi Malaysia. Justeru, silat adalah seni bela diri rasmi bangsa Malaysia berteraskan Silat Melayu yang wajar dianggap sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia sebagai Bela Diri Rasmi Bangsa Malaysia.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Fery, Muhammad Firhan UNSPECIFIED Che Azani, Muhammad Qayyum UNSPECIFIED Samsudin, Ahmad Zam Hariro UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Human fighting. > Silat. Pencak silat |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 5 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 14-27 |
Keywords: | Silat, Seni Pertahanan Diri, Silat Gayong Fatani |
Date: | April 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92126 |