Abstract
Artikel ini mengisahkan mengenai seorang tokoh seni di Malaysia yang dikenali kerana keunikan pada suaranya ketika menjadi seorang juruhebah radio sekitar tahun 1980an. Tokoh tersebut dikenali sebagai Tuan Haji Chuari Bin Selamat. Segala maklumat yang diperolehi oleh penulis berkaitan dengan tokoh adalah berdasarkan pembacaan dan temubual lisan yang dijalankan bersama-sama dengan tokoh. Permulaan penceritaan yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca, adalah dengan menceritakan latar belakang kehidupan Chuari, yang mana beliau mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang seni. Beberapa kisah menarik yang dikongsikan oleh beliau ketika menjalankan sesi temubual lisan, antaranya kerjaya awal sebelum bergelar seorang juruhebah radio, pengalaman ketika menjadi seorang juruhebah radio, jawatan yang pernah di sandang sepanjang berkhidmat di Stesen Radio Klasik Nasional, pengiktirafan anugerah yang pernah beliau perolehi di sepanjang kerjayanya dan pengalaman manis dan pahit yang tidak boleh dilupakan. Seterusnya, beliau turut memberikan pandangan peribadi beliau terhadap bidang penyiaran radio di Malaysia pada masa dahulu dan masa kini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jamaluddin, Khairah UNSPECIFIED Abu Bakar, Nur ‘Ainsyirah UNSPECIFIED Hussin, Nurussobah UNSPECIFIED Wan Mohd Saman, Wan Satirah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HE Transportation and Communications > Broadcasting. Radio and television broadcasting |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 4 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 85-94 |
Keywords: | Tuan Haji Chuari Selamat, juruhebah radio, stesen Radio Klasik Nasional, seni, penyiaran radio, RTM |
Date: | October 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92116 |