Abstract
Artikel ini berasaskan sejarah lisan melalui temu bual yang telah dijalankan bersama individu yang berperanan penting dalam melahirkan pemain-pemain sepak takraw negara iaitu Ku Jaisman Ku Ismail. Beliau adalah seorang guru dan juga seorang jurulatih sukan sepak takraw bagi Sekolah Projek Sukan sepak takraw negeri Perak, SMK Dato’ Haji Hussein. Artikel ini merangkumi kisah latar belakang kehidupannya dan alam persekolahan yang menjuruskan minatnya daripada permainan bola sepak kepada permainan sepak takraw. Selain tentang penglibatan beliau dalam sukan sepak takraw, artikel ini juga turut menyentuh mengenai pengalaman sepanjang perjalanan beliau daripada seorang pemain hingga menjadi jurulatih sukan sepak takraw yang berjaya melahirkan seorang pemain sepak takraw negara iaitu Azlan Alias. Artikel ini bertujuan untuk dijadikan rujukan kepada pengkaji dan juga menyediakan bahan ilmiah kepada masyarakat untuk mengenali tokoh dalam bidang sukan sepak takraw.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Biraudin, Abu Ayub Ansari UNSPECIFIED Mustaza, Zaim Aiman UNSPECIFIED Ahmad Kamal, Jannatul Iza UNSPECIFIED Pati Khan, Mazlina UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > General works. Athletes G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Ball games: Baseball, football, golf, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 4 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 51-61 |
Keywords: | Ku Jaisman, atlet, sepak takraw, Sukan Asia 2018, SMK Dato’ Haji Hussein. |
Date: | October 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92111 |