ChatGPT dimensi baharu dalam pembelajaran dan pengajaran / Muhammad Nabihan Abu Bakar and Masliya Yahya

Abu Bakar, Muhammad Nabihan and Yahya, Masliya (2023) ChatGPT dimensi baharu dalam pembelajaran dan pengajaran / Muhammad Nabihan Abu Bakar and Masliya Yahya. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

ChatGPT ialah teknologi yang merangkumi penggunaan kecerdasan buatan manusia yang boleh memberi impak yang besar dalam hidup seseorang individu serta mampu membantu pengguna dalam pelbagai cara dari aspek pembelajaran dan pengajaran. ChatGPT ataupun nama penuhnya Chat Generative Pre-Trained Transformer yang telah dilancarkan pada 30 November 2022 oleh syarikat penyelidikan dan pembangunan kecerdasan buatan Artificial Intelligence (AI) yang mana merupakan satu platform perbualan secara rasmi kepada orang ramai. Aplikasi ini dibangunkan untuk melakukan tugasan yang sama seperti pemikiran manusia. Risiko penipuan yang berlaku dalam kalangan pelajar juga boleh meningkat jika kemudahan teknologi ini tidak digunakan sebaiknya. Sama ada ChatGPT ini bakal menjadi pengganti Google atau pendidik satu hari nanti dan tidak dinafikan teknologi ini bakal menjadi kegunaan utama pada masa hadapan. Penggunaan ChatGPT dalam aspek pembelajaran dan pengajaran perlu diperhalusi lagi sebelum kaedah teknologi AI menggantikan kaedah pendidikan tradisional pada masa hadapan. Ini penting kerana maklumat yang disampaikan oleh ChatGPT tidak diperakui kesahihannya.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abu Bakar, Muhammad Nabihan
UNSPECIFIED
Yahya, Masliya
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus
Journal or Publication Title: MC The Newsletter of Masscomm 2023
ISSN: 3009-1497
Keywords: ChatGPT, Chat Generative Pre-Trained Transformer, Artificial Intelligence, AI, pembelajaran, pengajaran
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92081
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 92081.pdf] Text
92081.pdf

Download (2MB)

ID Number

92081

Indexing

Statistic

Statistic details