Abstract
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama pada hari ini, sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA dan Institut Integriti Malaysia. 2. Saya berasa sangat bertuah kerana pada hari ini, UiTM sekali lagi secara rasminya akan melebarkan lagi jaringan kerjasama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti berteraskan integriti dan pencegahan rasuah. UiTM sebelum ini turut menandatangani MoU bersama pihak SPRM pada 7 Mac 2023. 3. Untuk makluman semua, kolaborasi ini mendokong matlamat untuk memantapkan inisiatif integriti dan tata kelola mahasiswa pendidikan tinggi awam. Data setakat Disember 2022 menunjukkan bilangan pelajar UiTM ialah seramai 187,994 orang. Mereka ini mengikuti pengajian di kampus UiTM di seluruh negara. Keterlibatan mahasiswa UiTM dalam inisiatif integriti dan tata kelola ini dijangka dapat memberi gambaran sebenar lanskap persepsi integriti dalam kalangan Mahasiswa di Malaysia. Mahasiswa ini juga akan menjadi pemimpin pada masa hadapan di dalam semua sektor industri kerana UiTM merupakan universiti komprehensif yang menawarkan 552 program kepada pelajarnya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Speech) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Janor, Roziah roziahmj@uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Vice Chancellor Office |
Event Title: | Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Institut Integriti Malaysia |
Event Dates: | 31 Mac 2023 |
Page Range: | pp. 1-8 |
Keywords: | Mou, UiTM, IIM |
Collections: | UiTM Vice Chancellor |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92065 |