Abstract
Pada 13 April 2023, Media and Communication Students Club (MCSC) dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam, Pusat Islam telah menganjurkan satu program kerohanian iaitu Ihya’ Ramadan. Program ini bertujuan untuk memupuk sifat kerohanian dalam diri para peserta sepanjang Bulan Ramadan. Melalui program ini, MCSC bersependapat untuk memberi pengalaman baru kepada ahli kelab yang menjalani ibadah berpuasa buat pertama kalinya di UiTM Kampus Rembau. Majlis Tertinggi MCSC, Sukarelawan yang terdiri dari barisan pelajar UiTM Rembau serta Unit Hal Ehwal Islam telah bekerjasama untuk memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada semua pelajar Semester 1 dan Semester 2, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media seterusnya mendengar ceramah untuk memantapkan sifat kerohanian dalam diri pelajar. Perkara ini selaras dengan bidang Komunikasi dan Media yang amat mendorong perkembangan rohani dan jasmani yang seimbang dikalangan para pelajar. Justeru itu, program ini amat sesuai untuk para peserta untuk menimba pengalaman baharu disamping meningkatkan kerohanian dalam diri sendiri.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Gustawina, Putri Nur UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | MC The Newsletter of Masscomm 2023 |
ISSN: | 3009-1497 |
Keywords: | Media and Communication Students Club, MCSC, UiTM, Rembau |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92055 |