Menyingkap pengalaman lagenda lari jarak jauh: Datuk M. Ramachandran / Norhidayah Mat Al Kamah ... [et al.]

Mat Al Kamah, Norhidayah and Ibrahim, Nur Aina and Mohd Nordin, Nordiana and Mat Yatin, Saiful Farik (2020) Menyingkap pengalaman lagenda lari jarak jauh: Datuk M. Ramachandran / Norhidayah Mat Al Kamah ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 4 (2). pp. 17-24. ISSN 2600-7088
Abstract

Artikel ini ditulis untuk menceritakan dengan lebih mendalam tentang biografi dan pengalaman seorang legenda dalam sukan balapan, bagi acara lari jarak jauh. Tokoh yang bakal menjadi tunjang utama artikel ini ialah Datuk Ramachandran Murusamy. Beliau bukan sahaja berkecimpung dalam sukan balapan (lari jarak jauh) malah juga merupakan seorang jurulatih professional untuk Sukan Sukma di Malaysia. Beliau juga merupakan seorang eksekutif di salah sebuah cawangan Maybank di Melaka, Malaysia. Artikel ini menceritakan tentang latar belakang, cabaran, sumbangan dan juga penglibatan beliau dalam bidang sukan balapan (lari jarak jauh). Selain itu, artikel ini juga menceritakan tentang anugerah dan pencapaian yang membanggakan negara yang disumbangkan sepanjang penglibatan beliau dalam bidang olahraga ini. Di dalam artikel ini juga, beliau telah memberikan pandangan dan berkongsi harapan mengenai sukan balapan pada masa akan datang di Malaysia. Maklumat ini diperoleh melalui hasil dokumentasi lisan yang telah dijalankan dan pengumpulan maklumat melalui pembacaan penulis.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 92051.pdf]
Text
92051.pdf
Download (123kB)
Indexing & Metrics