Abstract
Artikel ini adalah berdasarkan kepada sumber utama iaitu sejarah lisan yang melibatkan seorang mantan pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang iaitu Datuk Dr. Haji Yahya Bin Baba. Artikel ini membincangkan tentang pengalaman beliau dalam bidang perubatan dan bidang pengurusan hospital kerajaan di Malaysia. Juga disentuh dalam artikel ini adalah latar belakang, pengalaman dalam dunia kedoktoran, sumbangan, pencapaian serta anugerah yang pernah beliau terima. Sumbangan beliau dalam memberi idea kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan beliau amat disegani terutamanya idea beliau telah memberikan impak yang besar dalam pembangunan sesebuah hospital mahupun klinik desa. Pengalaman beliau sebagai Pengarah Hospital, Hospital Tengku Ampuan Rahimah telah membuka lembaran baharu dalam menaikkan imej sebuah hospital kerajaan di mata rakyat Malaysia amnya dan khususnya penduduk sekitar Klang dalam memberi perkhidmatan terbaik dalam bidang perubatan. Seterusnya, artikel ini juga membincangkan impian beliau dalam melihat dunia kedoktoran dan penyampaian perkhidmatan perubatan terbaik boleh diberi kepada pesakit terutama dalam konteks hospital kerajaan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Mohd Azahan UNSPECIFIED Kamarul Zaman, Muhammad Aizat UNSPECIFIED Nik Ariffin, Nik Azliza UNSPECIFIED Masron, Mohd Zairul UNSPECIFIED |
Subjects: | R Medicine > R Medicine (General) > Medical personnel and the public. Physician and the public R Medicine > R Medicine (General) > Medical education. Medical schools. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 4 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 109-116 |
Keywords: | Hospital, Doktor, Perubatan, Pengarah, Pegawai |
Collections: | AIMS UiTM |
Date: | April 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92047 |