Abstract
Artikel ini adalah berdasarkan kepada sumber utama iaitu dokumentasi lisan. Ianya melibatkan seorang tentera darat iaitu Encik Suhaire bin Shariff. Artikel ini membicarakan tentang pengenalan serta sejarah awal daerah Lahad Datu yang merupakan bandar keempat terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu serta sejarah awal berlakunya krisis pencerobohan Lahad Datu. Di samping itu, artikel ini juga mendedahkan tentang penglibatan Encik Suhaire yang berada di dalam pasukan menentang pengganas Sulu ketika berlakunya insiden pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013 serta cabaran yang terpaksa dilalui olehnya sepanjang berada di dalam pentempuran itu. Seterusnya, artikel ini mendedahkan tentang misi dan strategi yang digunakan oleh Encik Suhaire di dalam memimpin anggota tentera ketika Ops Daulat dijalankan. Diharap artikel ini dapat membantu penyelidik dalam mencari maklumat berkenaan isu pencerobohan Lahad Datu. Seterusnya, juga dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersyukur kerana dapat hidup di dalam negara yang aman dan damai.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Hanizam, Nur Elaneez Erdeena UNSPECIFIED Ragis, Rika Arkasya UNSPECIFIED Hussin, Nurussobah UNSPECIFIED Mansor, Ahmad Nazri UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 3 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 1-11 |
Keywords: | Tentera, Lahad Datu, Pengganas, Ops Daulat, Kampung Tanduo. |
Date: | October 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91961 |