Abstract
Isu gaji minima menjadi topik hangat yang mula diperkatakan oleh banyak pihak setelah kerajaan membuat pengumuman sekaligus arahan ini telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan. Ternyata isu gaji minima ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibincangkan kerana ianya meliputi pelbagai aspek dan penglibatan antara kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja perlulah mendapat kesepakatan yang bijaksana dan sudah pastinya yang harmoni. Sungguhpun pelaksanaan gaji minimum ini dilihat memberi kesan yang sangat baik kepada ekonominegara dan khususnya bertujuan memberi perlindungan kepada pekerja yang menerima gaji terendah, namun dalam masa yang sama ianya turut menyumbang kepada pendapatan warga asing yang bekerja di Malaysia. Rentetan dari itu, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menyifatkan pelaksanaan gaji minimum ini tidak akan memanfaatkan pekerja tempatan, sebaliknya lebih memberi keuntungan kepada pekerja asing di negara ini. Tni adalah kerana pekerja asinglah yang lebih ramai dalam pasaran buruh negara dan secara purata, pendapatan dikalangan pekerja asing ini adalah mencukupi untuk mereka menyara dan meneruskan kehidupan di sini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Sharip, Sharfizie UNSPECIFIED Md Kamdari, Nor’Azurah UNSPECIFIED Othman, Farrah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | Gaji minima, pekerja asing, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia, MEF |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91941 |