Abstract
Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan ekonomi? Pentingkah sesebuah negara mempunyai masyarakat yang celik ekonomi? Ekonomi boleh dimaksudkan tentang bagaimana masyarakat memperuntukkan dan membahagikan sumber yang terbatas untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Secara umum, ekonomi melibatkan analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan. Ekonomi boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu ekonomi mikro dan makro. Makroekonomi adalah cabang ekonomi yang mempelajari fenomena ekonomi secara keseluruhan, termasuk pertumbuhan ekonomi, inflasi, pengangguran, polisi fiskal dan monetari, perdagangan internasional, dan faktor- faktor lain yang mempengaruhi ekonomi sesebuah negara. Fokus utama makroekonomi adalah pada agregat ekonomi, iaitu pembolehubah-pembolehubah ekonomi yang melibatkan seluruh masyarakat atau sektor ekonomi, bukan individu atau perniagaan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Idris, Asma' Rashidah UNSPECIFIED Kamarulzaman, Masrul Hayati UNSPECIFIED Mohd Zaid, Noor Azila UNSPECIFIED Zainal Abidin, Nurain Farahana UNSPECIFIED Zoolkefli, Zuliana UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | Masyarakat, sektor ekonomi, bukan individu, perniagaan, inflasi, pengangguran |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91936 |