Abstract
Beberapa tahun lalu saya pernah menulis satu artikel dalam bulletin dalaman FPP UiTM Cawangan Perlis yang objektikfnya persis seperti artikel ini, cuma saja artikel tersebut dikarang dalam Bahasa Inggeris. Namun setelah menimbang peristiwa yang mengambil tempat beberapa minggu sudah dan juga capaian artikel lama yang terhad, maka saya fikir ada baiknya saya bentangkan kembali poin- poin yang saya muatkan dalam makalah terdahulu (dengan sedikit penambahan). Peristiwa yang saya maksudkan dalam perenggan di atas ini adalah Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman dengan Universitas Hasyim Asy'ari - yang membuatkan saya sedar bahawa masih ramai yang kurang tahu berkenaan sistem ejaan lama Bahasa Indonesia, juga beberapa singkatan dalam Bahasa tersebut. Sebermula, harus diketahui bahawa konvensyen ejaan rumi Bahasa Indonesia telah melalui tiga fasa semenjak tahun 1901, dimulai dengan Ejaan Van Ophuijsen yang digunapakai sehingga tahun 1947. Sistem Ejaan Van Ophuijsen seterusnya diganti dengan Ejaan Soewandi yang digunakan sehingga 1972 sebelum Bahasa Indonesia menerimapakai sistem EYD (Ejaan Yang Disempurnakan) - yang berkongsi konvensyen ejaan yang sama dengan Bahasa Malaysia kini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Wahab, Shahrul Amri UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | FPP, UiTM, Perlis, Bahasa Malaysia, Universitas Hasyim Asy'ari |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91934 |