Abstract
Pada tarikh 27 Mei 2023 hingga 28 Mei 2023, hari Sabtu dan Ahad, bermula pada pukul sembilan pagi sehingga pukul empat petang, telah diadakan program Ekspo Selangkah ke UiTM 2023 bagi Peringkat UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Program selama dua hari ini telah diadakan dengan jayanya di Pusat Kegiatan Pelajar, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Ekspo Selangkah ke UiTM 2023 merupakan jenama (branding) UiTM dan diadakan bertujuan untuk mempromosikan UiTM kepada masyarakat sekitar terutamanya pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi. tentang kursus-kursus di peringkat pra diploma, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah yang sedang ditawar di UiTM Cawangan Negeri Sembilan secara khususnya dan di UiTM seluruh Malaysia secara amnya. Ekspo ini juga bertujuan memberi maklumat kepada pengunjung tentang peluang-peluang pekerjaan yang boleh pelajar ceburi selepas menamatkan pengajian di UiTM.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Ramli, Ahmad Azman UNSPECIFIED Ahmad, Masitah UNSPECIFIED Mohd Zaki, Faddliza UNSPECIFIED Hashim, Norhashimah UNSPECIFIED Arshad, Izzatil Husna UNSPECIFIED Ahmad, Zahril Shahida UNSPECIFIED Mohamad Khairi, Aiman Mudzafar UNSPECIFIED Mohamad Bahtiar, Ida Nadia UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media (PSM-KPPIM), UiTM, Negeri Sembilan |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91931 |