Faktor kekuatan sistem pertahanan negara melalui sorotan sejarah awal Islam / Mohd Kamarul Amree Mohd Sarkam and M. Zaidi A. Rahman

Mohd Sarkam, Mohd Kamarul Amree and A. Rahman, M. Zaidi (2023) Faktor kekuatan sistem pertahanan negara melalui sorotan sejarah awal Islam / Mohd Kamarul Amree Mohd Sarkam and M. Zaidi A. Rahman. Journal of Contempory Islamic Studies, 9 (2): 9. pp. 1-23. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Abstract

Zaman sejarah awal Islam merupakan zaman keemasan yang telah menyaksikan kekuatan empayar Islam dibina secara berperingkat-peringkat. Antara faktor kekuatan tersebut ialah konsep pertahanan yang dilaksanakan untuk memelihara kedaulatan negara. Sungguhpun berada di awal tapak pembinaan sebuah negara berdaulat yang menyaksikan pelbagai kesukaran dan kepayahan ditempuhi, namun kejayaan Islam pada beberapa peristiwa peperangan telah membuktikan keupayaan pertahanan negara dalam mendepani ancaman musuh ketika itu. Justeru, artikel ini akan membincangkan konsep pertahanan dalam Islam dan perlaksanaannya pada zaman sejarah awal Islam. Artikel ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi analisis kandungan tekstual dan kajian sejarah. Data yang diperoleh dianalisis secara deduktif dan induktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa konsep pertahanan pada zaman sejarah awal Islam merupakan satu sistem yang dinamik dan teratur dalam mengurus tadbir ketenteraan dan keselamatan dalam negara dan sentiasa siaga dalam menghadapi ancaman luar daripada pihak musuh. Lebih menarik lagi, di antara faktor yang mempengaruhi keutuhan konsep pertahanan tersebut adalah kekuatan kelengkapan ketenteraan yang disifatkan sebagai terkehadapan pada waktu itu serta kesiap siagaan masyarakat yang tidak berbelah bahagi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Hal yang demikian juga membolehkan konsep pertahanan dalam sejarah awal Islam dapat dijadikan sebagai model cemerlang kepada sistem pertahanan negara moden pada masa kini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Sarkam, Mohd Kamarul Amree
UNSPECIFIED
A. Rahman, M. Zaidi
mzaidi@um.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 9
Number: 2
Page Range: pp. 1-23
Keywords: Kedaulatan negara, ketenteraan, pertahanan, sejarah Islam
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91929
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 91929.pdf] Text
91929.pdf

Download (442kB)

ID Number

91929

Indexing

Statistic

Statistic details