Pentarjihan fuqaha terhadap penamaan nasab anak tak sah taraf kepada bapa biologi: analisis fatwa negeri Perlis / Muhammad Mustaqim Roslan

Roslan, Muhammad Mustaqim (2023) Pentarjihan fuqaha terhadap penamaan nasab anak tak sah taraf kepada bapa biologi: analisis fatwa negeri Perlis / Muhammad Mustaqim Roslan. Journal of Contempory Islamic Studies, 9 (2): 8. pp. 1-15. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Abstract

Keputusan Fatwa Negeri Perlis terhadap pensabitan nasab anak tak sah taraf (ATST) merupakan pandangan minoriti jika dibandingkan dengan Fatwa Kebangsaan. Fatwa Negeri Perlis adalah mengharuskan nasab ATST itu kepada bapa biologinya dan Fatwa Kebangsaan adalah sebaliknya apabila mereka hanya menggantikan nasab ATST dengan nama Abdullah. Oleh kerana ia adalah masalah ijtihad, maka perbezaan pendapat dengan fatwa majoriti di Malaysia itu dalam hal ini adalah perkara biasa dalam kalangan mufti. Sehubungan dengan itu, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk melihat kembali penghujahan fatwa yang dibawa oleh negeri Perlis dari sudut metodologi pendalilannya terhadap fatwa pensabitan nasab ATST kepada bapa biologi. Dengan adanya kajian ini, ia dapat menilai semula dalil-dalil yang menjadi hujah kepada keputusan fatwa negeri Perlis dengan melakukan pentarjihan fuqaha terhadap pengeluaran fatwa tersebut. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif dengan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengadaptasi reka bentuk kajian. Manakala kaedah pengumpulan dan analisis data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dokumen. Hasil dapatan menunjukkan bahawa dalil-dalil yang menjadi asas kepada keharusan menasabkan ATST kepada bapa biologinya adalah diragui dan terbuka untuk diperdebatkan. Oleh itu, pandangan jumhur fuqaha daripada mazhab fiqh Hanafiat, Malikiyyat, Syafi‘iyat dan Hanabilat ialah bersatu dalam menetapkan prinsip nasab adalah apabila adanya hubungan pernikahan yang sah berasaskan kepada sumber yang kuat dan sifar daripada perselisihan. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan agar fatwa pensabitan nasab ATST ini dapat diperluaskan bidang kajiannya dengan melihat kepada realiti yang berlaku agar fatwa yang dikeluarkan seiring dengan peredaran masa dan zaman.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Roslan, Muhammad Mustaqim
muhd.mustaqim@usas.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 9
Number: 2
Page Range: pp. 1-15
Keywords: Anak tak sah taraf, bapa biologi, fatwa, metodologi, pentarjihan fuqaha
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91927
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 91927.pdf] Text
91927.pdf

Download (420kB)

ID Number

91927

Indexing

Statistic

Statistic details