Peranan perpustakaan masjid / Zahril Shahida Ahmad and Seri Intan Idayu Shahrul Asari

Ahmad, Zahril Shahida and Shahrul Asari, Seri Intan Idayu (2023) Peranan perpustakaan masjid / Zahril Shahida Ahmad and Seri Intan Idayu Shahrul Asari. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Masjid bukan sahaja berperanan sebagai tempat untuk mengerjakan solat, tetapi ia juga merupakan sebuah institusi sosial yang berperanan dalam membina pendidikan, ekonomi dan politik masyarakat setempat. Masjid mempunyai banyak fungsi, salah satunya adalah sebagai institusi pendidikan. Seperti institusi pendidikan yang lain, masjid juga tidak boleh terlepas dengan kewujudan perpustakaan. Ini adalah kerana, perpustakaan merupakan nadi dalam mengekalkan kecemerlangan intelek sesebuah masyarakat. Oleh yang demikian, perpustakaan masjid harus dimanfaatkan oleh jemaah masjid dan masyarakat setempat bagi memastikan perkembangan pendidikan berteraskan Islam terus mampan. Perpustakaan masjid didefinisikan sebagai sebuah perpustakaan khas yang berperanan untuk memenuhi keperluan intelek masyarakat setempat dengan melibatkan penyertaan masyarakat setempat iaitu melalui penyediaan koleksi, pengurusan, dan pemanfaatan (Fitriani, Fitriani. (2017). Perpustakaan masjid merupakan perpustakaan awam yang terletak di masjid dan menempatkan pelbagai bentuk sumber maklumat dengan tujuan untuk bimbingan dan pendidikan pembangunan masyarakat beragama dan menyediakan perkhidmatan kepada semua peringkat masyarakat serta menjadi sebahagian daripada kehidupan dan aktiviti masyarakat setempat (Triani Rahmawati, 2012).

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Zahril Shahida
UNSPECIFIED
Shahrul Asari, Seri Intan Idayu
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus
Journal or Publication Title: RONA TINTA
ISSN: 2785-9126
Keywords: Perpustakaan, masjid, masyarakat, koleksi, pengurusan, pemanfaatan
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91923
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 91923.pdf] Text
91923.pdf

Download (588kB)

ID Number

91923

Indexing

Statistic

Statistic details