Tokoh gasing pangkah Selangor / Ahmad Ammar Bin Azhar ... [et al.]

Azhar, Ahmad Ammar and Zubir, Muhammad Faiz and Mohd Shafie, Mohamad Faizal and Bunawan, Ap-azli and Azman, Kamarul Azwan (2019) Tokoh gasing pangkah Selangor / Ahmad Ammar Bin Azhar ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 3 (1). pp. 56-68. ISSN 2600-7088
Abstract

Kajian ini dijalankan adalah melalui sejarah lisan dan wawancara bersama Tokoh Encik Muhamat Mustakin Abdullah iaitu Pengerusi Persatuan Gasing Pangkah Tradisional Selangor. Kajian ini juga menghuraikan tentang Persatuan Gasing Pangkah Tradisional iaitu merangkumi aspek latar belakang, pencapaian, permainan dan aspek gasing. Selain itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji usaha Persatuan ini untuk mengekalkan Gasing Pangkah Tradisional terus kekal menjadi simbol ikonik Bukit Kapar. Implikasi kajian ini disasarkan terutamanya kepada pengkaji, pelajar dan orang awam.Melalui projek sejarah lisan ini juga, diharap masyarakat luar terutamanya generasi pada masa sekarang tidak melupakan permainan tradisional ini yang telah wujud pada zaman dahulu lagi. Permainan Tradisional ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri sebagai warisan budaya yang tidak ternilai harganya dan perlu dikekalkan oleh masyarakat.Kesimpulannya, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai keunikan dan kesenian Gasing Pangkah Tradisional.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 91918.pdf]
Text
91918.pdf
Download (392kB)
Indexing & Metrics
Citations
1 Google Scholar Citations