Abstract
Kajian ini dijalankan adalah melalui sejarah lisan dan wawancara bersama Tokoh Encik Muhamat Mustakin Abdullah iaitu Pengerusi Persatuan Gasing Pangkah Tradisional Selangor. Kajian ini juga menghuraikan tentang Persatuan Gasing Pangkah Tradisional iaitu merangkumi aspek latar belakang, pencapaian, permainan dan aspek gasing. Selain itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji usaha Persatuan ini untuk mengekalkan Gasing Pangkah Tradisional terus kekal menjadi simbol ikonik Bukit Kapar. Implikasi kajian ini disasarkan terutamanya kepada pengkaji, pelajar dan orang awam.Melalui projek sejarah lisan ini juga, diharap masyarakat luar terutamanya generasi pada masa sekarang tidak melupakan permainan tradisional ini yang telah wujud pada zaman dahulu lagi. Permainan Tradisional ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri sebagai warisan budaya yang tidak ternilai harganya dan perlu dikekalkan oleh masyarakat.Kesimpulannya, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai keunikan dan kesenian Gasing Pangkah Tradisional.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azhar, Ahmad Ammar UNSPECIFIED Zubir, Muhammad Faiz UNSPECIFIED Mohd Shafie, Mohamad Faizal UNSPECIFIED Bunawan, Ap-azli UNSPECIFIED Azman, Kamarul Azwan UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 3 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 56-68 |
Keywords: | Persatuan Gasing Pangkah, Tradisional, Bukit Kapar, Permainan, Warisan |
Date: | April 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91918 |