Keunikan songket Terengganu warisan tradisional Melayu / Intan Syazwani Saidin ... [et al.]

Saidin, Intan Syazwani and Manan, Norazihah and Nik Ariffin, Nik Azliza and Masron, Mohd Zairul (2019) Keunikan songket Terengganu warisan tradisional Melayu / Intan Syazwani Saidin ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 3 (1). pp. 22-36. ISSN 2600-7088
Abstract

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya dan warisan yang kaya dengan seni dan warisan yang unggul di mata dunia. Tenunan songket adalah salah satu kraf lama yang masih popular hingga ke hari ini. Songket adalah kain yang ditenun dengan menggunakan benang sutera atau kapas, dan benang logam yang ditenun untuk membentuk motif songket. Songket adalah sinonim dengan masyarakat Melayu dan warisan ini perlu dikekalkan sepanjang zaman. Sehingga hari ini, masih terdapat ramai penenun songket yang menghasilkan songket berkualiti bagi golongan bangsawan, golongan kehormat, dan menteri untuk digunakan pada upacara khusus. Antara negeri yang masih mengekalkan warisan songket adalah Terengganu. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti asal-usul songket Terengganu, untuk mengenalpasti cara dan teknik pembuatan songket Terengganu dan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi dalam proses pembuatan songket Terengganu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 91915.pdf]
Text
91915.pdf
Download (888kB)
Indexing & Metrics