Abstract
Artikel ini berasaskan sumber daripada pembacaan dan kajian penulis terhadap tokoh serta berasaskan kepada sumber lisan yang telah dijalankan bersama bintang wau yang telah menjelajah ke serata benua dan dikenali diperingkat antarabangsa sekitar tahun 80an iaitu Kasmin Mirun@Jabar. Penceritaan ini bermula dari kisah latar belakang kehidupan beliau sejurus selepas alam persekolahan yang mana bermula minatnya dalam warisan permainan wau. Antara penceritaan yang dapat beliau kongsikan adalah berkenaan permulaan penglibatan beliau, pengalaman pahit dan manis, aktiviti pertunjukkan wau, pengalaman beliau sebagai pemain wau di tahap negeri, kebangsaan, dan antarabangsa, penganugerahan yang diraih sepanjang kariernya, jawatan yang disandang dalam Persatuan Wau Malaysia dan begitu juga tentang inovasi yang telah dihasilkan beliau sehingga menjadi duta wau negara. Selain itu, konsep serta pandangan beliau terhadap tanggapan masyarakat mengenai warisan permainan ini yang semakin ditelan zaman juga turut dimuatkan di dalam artikel ini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rusli, Fatin Nabila UNSPECIFIED Md Salleh, Ummi Qatura UNSPECIFIED Mat Yatin, Saiful Farik UNSPECIFIED Mohd Nordin, Nordiana UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 2 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 32-39 |
Keywords: | Kasmin Mirun@Jabar, seni warisan Melayu, wau tradisi. |
Date: | October 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91897 |