Analisis bayaran cucuran kenderaan dalam pentadbiran harta pusaka / Muhamad Muizz Abdullah

Abdullah, Muhamad Muizz (2023) Analisis bayaran cucuran kenderaan dalam pentadbiran harta pusaka / Muhamad Muizz Abdullah. Journal of Contempory Islamic Studies, 9 (2): 2. pp. 1-17. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Abstract

Harta pusaka seperti kenderaan mempunyai proses tersendiri dalam proses pentadbiran harta pusaka di Malaysia terutama melibatkan benefisiari yang tidak mempunyai kapasiti undang-undang seperti minor bawah 18 tahun dan orang kurang upaya (OKU). Namun demikian, proses pusaka melibatkan kenderaan ini masih kurang diberi perhatian oleh masyarakat kerana melibatkan proses bayaran cucuran daripada pihak penjaga atau penerima melibatkan bahagian benefisiari tersebut. Justeru, makalah ini akan menganalisis proses bayaran cucuran melibatkan kenderaan yang kini dilaksanakan di Amanah Raya Berhad (ARB), iaitu sebuah badan berautoriti yang menguruskan harta alih di bawah RM600 ribu ringgit. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah penyelidikan berasaskan penelitian kepada peruntukan berkanun, artikel jurnal, buku dan laman web rasmi. Selain itu, temu bual secara separa berstruktur turut dijalankan bersama dua orang pegawai ARB. Makalah ini mendapati terdapat pelbagai situasi melibatkan proses bayaran cucuran dan ARB selaku pentadbir bertanggungjawab menjaga hak benefisiari yang tidak mempunyai kapasiti undang-undang ini dan memastikan manfaat kenderaan tersebut adalah terjamin.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah, Muhamad Muizz
muizzziela8990@gmail.com
Subjects: K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Gifts (Islamic law). Charitable gifts. Ṣadaqah. Donations. Hibah
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 9
Number: 2
Page Range: pp. 1-17
Keywords: Cucuran, minor, orang kurang upaya, harta pusaka
Date: December 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91882
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 91882.pdf] Text
91882.pdf

Download (394kB)

ID Number

91882

Indexing

Statistic

Statistic details