Abstract
Umat Islam yang layak wajib mengeluarkan zakat. Kewajipan membayar zakat turut diterjemahkan dalam peruntukan kesalahan jenayah Syariah negeri. Namun, kelemahan undang-undang zakat dalam menangani isu keengkaran membayar zakat menyebabkan perintah agama yang mewajibkan umat Islam membayar zakat sukar dilaksanakan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji peruntukan undang-undang berkenaan kewajipan menunaikan zakat di Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat dan data yang berkaitan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan analisis kandungan. Kajian ini mendapati tiadanya penguatkuasaan yang tegas diambil ke atas umat Islam yang tidak membayar zakat dan kekangan-kekangan wujud disebabkan oleh ketidakseragaman undang-undang kesalahan zakat mempengaruhi prestasi umat Islam menunaikan rukun Islam yang keempat. Pendekatan dakwah dalam menggalakan umat Islam menunaikan zakat adalah tidak praktikal untuk diimplimentasikan pada masa kini. Oleh itu, cadangan untuk mewujudkan Akta Zakat Nasional (AZN) harus dilaksanakan dengan segera supaya pensyariatan kewajipan zakat dapat direalisasikan. Selain itu, undang-undang zakat negeri perlu sentiasa dikemaskini dengan mewujudkan undang-undang subsidiari bagi mengisi lakuna dalam undang-undang zakat yang sedia ada.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yaakub, Fadziani fadziani@uitm.edu.my |
Subjects: | K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Journal of Contempory Islamic Studies |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
ISSN: | ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902 |
Volume: | 9 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 1-20 |
Keywords: | Majlis Agama Islam Negeri, Malaysia, Penguatkuasaan, Undang-Undang, Zakat |
Date: | April 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91880 |