Tahap pengetahuan akidah pelajar sekolah menengah di Seremban Negeri Sembilan / Muhamad Zaki Zainuddin and Suariza @ Hidayah Muhammad

Zainuddin, Muhamad Zaki and Muhammad, Suariza @ Hidayah (2023) Tahap pengetahuan akidah pelajar sekolah menengah di Seremban Negeri Sembilan / Muhamad Zaki Zainuddin and Suariza @ Hidayah Muhammad. Journal of Contempory Islamic Studies, 9 (1): 9. pp. 1-18. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Abstract

Akidah merupakan satu ikatan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh antara makhluk dan Pencipta. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan akidah pelajar. Pengetahuan akidah pelajar dalam kajian ini adalah berkaitan dengan persoalan rukun iman yang merupakan asas pegangan umat Islam. Kajian tinjauan ini dilakukan secara dalam talian di 15 buah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan dan melibatkan 352 orang pelajar. Instrumen soal selidik dibina melalui proses adaptasi daripada kajian-kajian lepas. Penganalisisan data dilakukan menggunakan analisis statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan akidah pelajar berada pada tahap sangat tinggi dengan skor min 4.84. Hasil kajian ini diharap dapat memberi input dan inspirasi kepada guru pendidikan Islam (GPI) supaya memaksimumkan penggunaan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran akidah. Aktiviti-aktiviti sokongan akademik juga perlu dipelbagaikan untuk meningkatkan penghayatan akidah dalam kalangan pelajar dalam usaha untuk menjernihkan pemikiran remaja daripada fahaman yang bertentangan dengan akidah Islam sekali gus sebagai langkah pencegahan gejala murtad secara sembunyi-sembunyi mahu pun secara terang-terangan di dalam negara.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainuddin, Muhamad Zaki
zakizayyan2020@gmail.com
Muhammad, Suariza @ Hidayah
suariza@perkim.net.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion. Mythology. Rationalism > Apostasy
L Education > LB Theory and practice of education > Schools
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 9
Number: 1
Page Range: pp. 1-18
Keywords: Akidah, Fahaman Liberal, Murtad
Date: April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91879
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 91879.pdf] Text
91879.pdf

Download (163kB)

ID Number

91879

Indexing

Statistic

Statistic details