Perancangan ekonomi keluarga dalam aspek pengurusan kewangan berpandukan kisah teladan Nabi Yusuf / Amiratul Munirah Yahaya ... [et al.]

Yahaya, Amiratul Munirah and Yakob, Mohd Asmadi and Izham, Siti Sarah and Abdullah, Murihah and Moidin, Shofiyyah (2023) Perancangan ekonomi keluarga dalam aspek pengurusan kewangan berpandukan kisah teladan Nabi Yusuf / Amiratul Munirah Yahaya ... [et al.]. Journal of Contempory Islamic Studies, 9 (1): 6. pp. 1-14. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Abstract

Perancangan ekonomi keluarga dalam aspek pengurusan kewangan adalah amat penting dalam sebuah institusi kekeluargaan. Tambahan pula, masyarakat Malaysia kini masih menempuh fasa endemik COVID-19 dan berhadapan dengan kemelut ekonomi keluarga serta ketidakstabilan penjanaan kewangan akibat faktor tertentu. Justeru kisah teladan Nabi Yusuf a.s akan mengemukakan teknik-teknik dan perancangan sebagai persediaan awal dalam menguruskan kewangan khususnya dalam aspek kekeluargaan. Objektif kajian ini bertujuan mengkaji tafsiran ayat-ayat dalam surah Yusuf berkait perancangan pengurusan kewangan keluarga menurut perspektif al-Quran. Kemudian menganalisis teknik-teknik perancangan kewangan tersebut agar dapat diaplikasikan dalam institusi kekeluargaan. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara kajian kes. Pengumpulan data kajian melalui kajian kepustakaan berdasarkan sumber primer dari kitab-kitab tafsir dan sumber sekunder yang terdiri dari artikel jurnal. Temubual semi struktur juga diadakan secara terpilih melibatkan agen pengurusan kewangan dari agensi perlindungan takaful. Analisis data kajian dilakukan secara induktif, deduktif dan analisa dokumen. Hasil dapatan kajian mendapati strategi perancangan kewangan Nabi Yusuf a.s bertepatan dengan konsep simpanan dan pelaburan, keselamatan makanan (food security) dan alternatif perlindungan pencaruman takaful keluarga sebagai persediaan menghadapi cabaran kemelut ekonomi keluarga. Justeru, pengetahuan dan kesedaran terhadap perancangan pengurusan kewangan keluarga berdasarkan teori pengurusan kewangan Nabi Yusuf a.s perlu diberi pendedahan untuk disebarkan dalam masyarakat agar menjadi garis panduan dan solusi yang berkesan dalam perancangan pengurusan kewangan keluarga.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yahaya, Amiratul Munirah
amiratul@uitm.edu.my
Yakob, Mohd Asmadi
asmadi716@uitm.edu.my
Izham, Siti Sarah
sarahizham@uitm.edu.my
Abdullah, Murihah
UNSPECIFIED
Moidin, Shofiyyah
shofiyyah@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Economics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 9
Number: 1
Page Range: pp. 1-14
Keywords: Kisah Nabi Yusuf, Perancangan Ekonomi Keluarga, Pengurusan Kewangan, Sekuriti Makanan
Date: April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91876
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 91876.pdf] Text
91876.pdf

Download (196kB)

ID Number

91876

Indexing

Statistic

Statistic details