Abstract
Artikel ini bertujuan untuk mengkaji jenis-jenis sulaman yang terdapat pada kebaya nyonya serta ia merupakan pakaian yang masih dipakai sehingga ke hari ini oleh orang ramai di Malaysia terutama bagi masyarat Nyonya. Penyelidikan dan kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti dan mengenali pembinaan ataupun rekaan bagi menghasilkan kebaya nyonya melalui reka bentuk sulaman, motif dan bahan yang digunakan yang menjadi pilihan bagi kalangan wanita peranakan. Melaka telah dipilih oleh penyelidik sebagai tumpuan utama. Pemerhatian dan medan kajian telah dijalankan melalui temuduga, rakaman audio dan sesi bergambar. Seterusnya, pemerhatian dari segi motif yang digunakan dan cara kebaya nyonya dipakai menghasilkan keunikan bagi sepasang kebaya tersebut serta merujuk kepada budaya yang diamalkan bagi kaum cina peranakan sehingga ke hari ini. Melalui kajian ini berharap dapat menyediakan rujukan asas yang berkaitan dengan keunikan yang terdapat pada kebaya nyonya selain dapat megekalkan warisan budaya kita serta menjadi ikutan kepada penggemar fesyen tanah air.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainudin, Nur Anis UNSPECIFIED Hussain, Nur Wahida UNSPECIFIED Masron, Mohd Zairul UNSPECIFIED Nik Ariffin, Nik Azliza UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 81-96 |
Keywords: | Kebaya nyonya, warisan sulaman, peranakan cina, keunikan sulaman |
Date: | April 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91851 |