Warisan kain punca potong / Muhamad Azwan Rosli ... [et al.]

Rosli, Muhamad Azwan and Mahmud, Nurul Ain Saqinah and Abdul Kadir, Irwan Kamaruddin and Mohd Yunus, Alwi (2018) Warisan kain punca potong / Muhamad Azwan Rosli ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 2 (1). pp. 71-80. ISSN 2600-7088

Abstract

Tujuan kajian dilakukan bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam tentang warisan kain punca potong agar maklumat yang diterima adalah maklumat yang sahih dan tidak lari dari keaslianya. Kajian in adalah hasil daripada temubual bersama Profesor Doktor Norwani Binti Md Nawawi berkaitan warisan kain punca potong. Kain punca potong adalah pakaian rakyat kelantan sejak dari abad yang ke 20 lagi. Aktiviti menenun kain adalah salah satu perkerjaaan utama rakyat kelantan pada zaman dahulu. Rakyat kelantan pada zaman dahulu, selain daripada bertani dan berniaga, menenun juga menjadi salah satu punca pekerjaan mereka . Kepakaran menenun telah diwarisi dari generasi lama ke generasi seterusnya. Kain punca potong diberi nama kerana ia kain yang bersifat di mana kedua-dua hujungnya dari kiri dan kanan tidak bersambung ataupun bercantum. Nama lain bagi kain ini diberi nama seperti ‘sayap pekaka’ dan ‘panjang tujuh’. Kain punca potong pada mulanya ditenun dengan tenunan biasa seterusnya dengan tenunan bercorak dan tenunan berwarna. Kain punca potong yang diperbuat mengunakan kapas ialah sejenis kain punca potong biasa yang digunakan oleh rakyat biasa dan yang diperbuat daripada sutera hanya boleh dipakai oleh golongan kerabat diraja sahaja. Itu membezakan darjat antara rakyat biasa dengan golongan kerabat diraja. Teknik tenunan untuk menghasilkan kain punca potong ialah melalui penggunaan benang loseng dan pakan yang disusun mengikut warna-warna yang dikehendaki. Menyusun benang loseng dan pakan ini secara rapi akan menjadikan corak berbentuk kotak persegi atau persegi panjang, garis lurus dan melintang.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rosli, Muhamad Azwan
UNSPECIFIED
Mahmud, Nurul Ain Saqinah
UNSPECIFIED
Abdul Kadir, Irwan Kamaruddin
UNSPECIFIED
Mohd Yunus, Alwi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology > Culture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
ISSN: 2600-7088
Volume: 2
Number: 1
Page Range: pp. 71-80
Keywords: kain punca potong, kelantan, warisan, benang, rakyat, raja, tenunan, corak
Date: April 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91849
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 91849.pdf] Text
91849.pdf

Download (407kB)

ID Number

91849

Indexing

Statistic

Statistic details