Menjejaki seni warisan gendang silat menerusi kaedah sejarah lisan / Nur Athirah Mohamad Johari ... [et al.]

Mohamad Johari, Nur Athirah and Ibrahim @ Mohd Nor, Nur Syamira and Mat Isa, Azman and Yunus, Mohd Nizam (2018) Menjejaki seni warisan gendang silat menerusi kaedah sejarah lisan / Nur Athirah Mohamad Johari ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 2 (1). pp. 60-70. ISSN 2600-7088
Abstract

Gendang Silat merupakan satu muzik persembahan tradisional yang terkenal di negeri Kedah. Terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran utara dan aliran timur. Tujuan persembahan gendang adalah bagi mengiringi silat terutama di majlis perkahwinan, majlis kesyukuran dan lain lain. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk mengetahui sejarah asal usul serta latar belakang, cara pembuatan, cara permainan, pantang larang serta ilmu disiplin yang perlu ada dalam diri seseorang pemain gendang silat. Gendang silat terdiri daripada empat alatan utama iaitu gong, serunai, gendang ibu dan gendang anak. Dapatan kajian ini adalah hasil daripada wawancara sejarah lisan bersama Encik Khairul Hafiz bin Abdul Rahman, ketua kumpulan Gentala Sari, iaitu salah satu kumpulan gendang di Malaysia. Beliau menceritakan mengenai pengalaman luas beliau dalam bidang Gendang Silat Kedah. Beliau juga banyak berkongsi pandangan dan pengalaman dalam seni warisan gendang silat dengan masyarakat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 91845.pdf]
Text
91845.pdf
Download (292kB)
Indexing & Metrics