Abstract
Gendang Silat merupakan satu muzik persembahan tradisional yang terkenal di negeri Kedah. Terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran utara dan aliran timur. Tujuan persembahan gendang adalah bagi mengiringi silat terutama di majlis perkahwinan, majlis kesyukuran dan lain lain. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk mengetahui sejarah asal usul serta latar belakang, cara pembuatan, cara permainan, pantang larang serta ilmu disiplin yang perlu ada dalam diri seseorang pemain gendang silat. Gendang silat terdiri daripada empat alatan utama iaitu gong, serunai, gendang ibu dan gendang anak. Dapatan kajian ini adalah hasil daripada wawancara sejarah lisan bersama Encik Khairul Hafiz bin Abdul Rahman, ketua kumpulan Gentala Sari, iaitu salah satu kumpulan gendang di Malaysia. Beliau menceritakan mengenai pengalaman luas beliau dalam bidang Gendang Silat Kedah. Beliau juga banyak berkongsi pandangan dan pengalaman dalam seni warisan gendang silat dengan masyarakat.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Johari, Nur Athirah UNSPECIFIED Ibrahim @ Mohd Nor, Nur Syamira UNSPECIFIED Mat Isa, Azman UNSPECIFIED Yunus, Mohd Nizam UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 60-70 |
Keywords: | Gendang Silat Kedah, pembuatan, warisan, fungsi, asal usul, cara permainan |
Date: | April 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91845 |