Biografi ketokohan Tok Kenali / Luqman Hakim Mohd Hussin ... [et al.]

Mohd Hussin, Luqman Hakim and Mustafa, Muhammad Munir and Mohd Shoid, Mohd Shamsul and Ahmad, Abdul Rahman (2018) Biografi ketokohan Tok Kenali / Luqman Hakim Mohd Hussin ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 2 (1). pp. 33-43. ISSN 2600-7088
Abstract

Transkrip temubual ini adalah antara pelajar UiTM iaitu Luqman Hakim dan juga Muhammad Munir dengan Ustaz Hafiz Hukmi Bin Wardi yang merupakan cicit kepada Tok Kenali. Temubual ini di jalankan bertujuan untuk membuat kajian tentang biografi Ketokohan Tok Kenali yang mempunyai nilai warisan kepada Malaysia. Ketokohan Tok Kenali pada ketika itu menyebabkan beliau dikenali oleh kerana tingginya nilai ilmu agama yang ada padanya. Jadi kami telah memilih tajuk Ketokohan Tok Kenali kerana beliau adalah seorang tokoh ulama’ yang terkenal di seluruh nusantara terutamanya di Malaysia pada suatu masa dahulu. Selain itu, kami memilih tajuk ini kerana ingin memelihara akan sejarah negeri Kelantan kerana kebanyakan masyarakat masa kini terutamanya generasi muda tidak mengenali ulama’ seperti Tok Kenali. Dengan membuat kajian ini, kami dapat berkongsi dengan masyarakat tentang sejarah Tok Kenali serta sumbangannya kepada masyarakat suatu masa dahulu. Tok Kenali juga seorang ulama’ yang bertaraf wali Allah S.W.T kerana ilmunya di dalam pelbagai bidang termasuk Tauhid, Feqah, Tasawwuf dan banyak lagi. Beliau juga merupakan pencetus kepada sistem pengajian Pondok di tanah Melayu pada masa dahulu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 91838.pdf]
Text
91838.pdf
Download (487kB)
Indexing & Metrics