Abstract
Rebab adalah salah satu alat muzik tradisional yang sudah dilupakan ramai terutama anak muda pada masa kini. Alat muzik rebab ini adalah alat muzik yang paling lama dan tertua di Malaysia. Alat muzik ini biasanya dimainkan semasa persembahan main puteri, makyong dan juga selampit. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk mengetahui sejarah dan latar belakang alat muzik rebab. Tambahan itu, terdapat beberapa fakta tentang asal usul muzik tradisional yang harus diketahui. Dapatan kajian ini adalah hasil daripada temubual sejarah lisan bersama Encik Muhd Noor Bin Arifin yang merupakan seorang yang mencintai alat muzik tradisional dan menceburi diri dalam kesenian sepenuh masa dan juga salah seorang daripada ahli anggota kumpulan iaitu kumpulan Seri Seneng di kampung beliau.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hamzah, Noor Hani Hasanah Fawzia UNSPECIFIED Mohd Razait, Nor Firzamilia UNSPECIFIED Ahmad, Mohd Nazir UNSPECIFIED Samsudin, Ahmad Zam Hariro UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 14-20 |
Keywords: | Rebab, Makyong, Main Puteri, Tarik Selampit, Seri Seneng |
Date: | April 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91815 |