Abstract
Artikel ini membincangkan berkenaan Istiadat Menghantar Kepala Mayat yang merupakan salah satu istiadat yang masih diamalkan oleh pengamal Adat Perpatih di Luak Johol, Negeri Sembilan. Istiadat ini mempunyai unsur-unsur yang unik dan kurang diketahui umum pada masa kini walaupun ianya telah diamalkan sejak turun temurun. Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan untuk mengkaji istiadat ini dari segi sejarah, latar belakang, persediaan dan bagaimana upacara istiadat ini dijalankan. Dapatan kajian ini adalah berasaskan kepada hasil wawancara sejarah lisan yang telah dijalankan bersama Dato’ Lembaga Tiang Balai Luak Johol iaitu Dato’ Lembaga Hamzah Limin. Beliau berkongsi dan cerita berkenaan istiadat ini dengan penuh takzim. Kajian literatur juga telah dijalankan bagi menguatkan lagi fakta berkenaan istiadat ini. Temubual sejarah lisan ini dijalankan pada 14 November 2018 bersamaan hari Rabu bertempat di kediaman beliau iaitu di Rumah Rakyat Air Mawang, Johol, Negeri Sembilan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rashid, Nur Fatihah UNSPECIFIED Jamali, Syafiqah Nabilah UNSPECIFIED Mat Yatin, Saiful Farik UNSPECIFIED Mohd Nordin, Nordiana UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Heritage tourism. Cultural tourism |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM) |
ISSN: | 2600-7088 |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 1-13 |
Keywords: | Istiadat Menghantar Kepala Mayat, Adat Perpatih, warisan Negeri Sembilan |
Date: | April 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91814 |