Menjejaki warisan cempuling negara menerusi kaedah sejarah lisan / Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi ... [et al.]

Kamal Rafedzi, Ezza Rafedziawati and Khairuddin, Hazrina and Ibrahim, Maziyyah and Md Jali, Jafalizan (2017) Menjejaki warisan cempuling negara menerusi kaedah sejarah lisan / Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 1 (1). pp. 62-76. ISSN 2600-7088
Abstract

Cempuling adalah salah satu permainan muzik tradisional masyarakat Jawa yang kurang mendapat tempat di persada budaya di Malaysia. Lagu-lagu asli Cempuling adalah di dalam tutur bahasa Jawa halus. Manakala bait-bait lirik lagu asli Cempuling berbentuk nasihat, selawat kepada Nabi, puji-pujian kepada Allah, kisah-kisah tauladan dan hukum-hakam Allah kepada setiap perbuatan baik dan jahat. Ia juga memuatkan lagu-lagu yang telah dimodenkan mengikut irama muzik yang terkini dan liriknya telah ditulis di dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui latar belakang, sejarah dan peranan seni Cempuling yang merupakan warisan muzik tradisional masyarakat Jawa. Hasil penemuan kajian ini adalah daripada kaedah wawancara sejarah lisan bersama Encik Abas Bin Shuhadi yang merupakan pemain tetap dan juga pelopor kumpulan Warisan Era Baru seni Cempuling di Bukit Kapar, Klang, Selangor.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 91803.pdf]
Text
91803.pdf
Download (533kB)
Indexing & Metrics