Abstract
Apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan maka kesibukan terserlah bukan sahaja kepada anak-anak tetapi ibubapa juga yang sama merancang ke mana agaknya anak-anak ini ingin menyambung pengajian. Bermacam-macam ekspo pengajian, hari terbuka institusi dilancarkan bagi memberi peluang kepada anak-anak mengetahui ke arah mana bidang yang mereka ingin terokai. Pelajar lepasan SPM ini rata-ratanya berumur 18 tahun, masih muda dan masih kurang jelas apa yang diingini. Di sini peranan ibubapa amatlah penting dalam memberi pandangan kepada anak-anak kerana anak-anak ini tidak jelas hala tujunya nanti. Persoalannya apakah bidang yang wajar diceburi oleh anakanak? Apakah perlu melihat trend peluang pekerjaan di masa hadapan ataupun hanya sekadar melihat kepada kelayakan anak-anak? Selepas tamatnya SPM adalah permulaan pada anak-anak untuk membina masa depan yang mencabar. Tetapi perlulah memilih dengan betul apa yang sesuai dengan karakter anak itu sendiri. Pada kebiasaannya pihak sekolah yang diwakili oleh unit kaunseling akan mendedahkan pelajar kepada ujian psikometrik. Ujian ini adalah satu alat yang digunakan bagi mengenali ciri-ciri personaliti, kebolehan, kecerdasan, kebolehan dan tingkah laku seseorang individu. Dengan ujian ini para pelajar akan mengetahui padanan kebolehan dan personaliti seseorang dengan kerjaya. Hasil dapatan ujian ini amat penting dalam memastikan apakah bidang kerjaya dan program yang sesuai dengan personaliti mahupun kebolehan anak-anak.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Ali, Noor Azillah UNSPECIFIED Shekh Zain, Rozihanim UNSPECIFIED Kasim, Syazliana UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | Anak, ibubapa, Sijil Pelajaran Malaysia, SPM, personaliti, kebolehan, kecerdasan, kebolehan |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91765 |