Kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) dan kesannya kepada matawang Ringgit Malaysia / Rozihanim Shekh Zain and Noor Azillah Mohamad Ali

Shekh Zain, Rozihanim and Mohamad Ali, Noor Azillah (2023) Kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) dan kesannya kepada matawang Ringgit Malaysia / Rozihanim Shekh Zain and Noor Azillah Mohamad Ali. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Bank Negara Malaysia (BNM) telah sekali lagi mengumumkan kadar dasar semalaman (OPR) meningkat 25 mata asas lagi kepada 3% pada 3 Mei 2023. Langkah dan tindakan monetari Bank Negara menaikkan kadar faedah adalah bagi memerangi inflasi dengan melemahkan permintaan dan kuasa beli di dalam pasaran. Kadar faedah sesuatu negara ditentukan oleh dasar yang dikawal oleh Bank Pusat negara masing-masing. Bank Pusat boleh mengetatkan dasar polisi monetari ini dengan meningkatkan kadar faedah sesebuah negara dan juga boleh melonggarkannya dengan merendahkan kadar faedah tersebut. Dasar monetari Malaysia dipengaruhi kuat oleh Amerika Syarikat (AS), dan AS telah menaikkan kadar OPR mereka sebanyak 10 kali semenjak Mac 2022 kepada 5.0%. Ini menjejaskan ekonomi dunia apabila matawang negara membangun mengalir kembali ke AS menjadikan matawang asing semakin lemah. Kenaikan OPR boleh memberi kesan kepada nilai tukaran Ringgit. Sepatutnya, apabila OPR meningkat, nilai Ringgit akan cenderung meningkat kerana ia menunjukkan kestabilan ekonomi negara. Namun jika kenaikan OPR disebabkan oleh inflasi yang tinggi, ia boleh membuat Ringgit menjadi tidak stabil dan menukar arah dari nilai positif ke negatif.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shekh Zain, Rozihanim
UNSPECIFIED
Mohamad Ali, Noor Azillah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus
Journal or Publication Title: RONA TINTA
ISSN: 2785-9126
Keywords: OPR, Bank Negara Malaysia, BNM, Amerika Syarikat
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91760
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 91760.pdf] Text
91760.pdf

Download (663kB)

ID Number

91760

Indexing

Statistic

Statistic details