Abstract
Tatkala baju yang biasa dipakai sudah terasa ketat. Sakit lutut dan kaki bila berdiri lama. Dalam masa yang sama umur pula dah melangkau 40 tahun kita akan mula rasa sudah sampai masanya untuk bertukar kepada gaya hidup yang lebih sihat. Kita perlu nekad dalam hati untuk mengambil langkah mengawal berat badan kita agar tidak terus bertambah dari masa ke masa. Kita semua maklum, kesihatan amat bernilai untuk mengelakkan kita daripada menghidap penyakit-penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang, serangan jantung dan sebagainya. Kita juga mungkin terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk membeli pakaian yang saiz yang lebih besar dek kerana baju yang ada mungkin tidak muat dan tidak selesa lagi untuk dipakai. Tambahan pula pergerakan kita semakin terbatas seperti tidak boleh berdiri lama, naik tangga pun cepat semput, solat pun kita terpaksa duduk kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Terdapat enam langkah yang boleh diambil untuk mencapai kesihatan yang diingini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Farrah UNSPECIFIED Md Kamdari, Nor Azurah UNSPECIFIED Mohd Sharip, Sharfizie UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | Kesihatan, gaya hidup, kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang, serangan jantung |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91698 |