Abstract
Tahniah saya ucapkan kepada pihak Fakulti Pengurusan & Perniagaan atas inisiatif dan komitmen untuk melaksanakan MoU bersama MBSB Bank ini. Kita sedia maklum, landskap pendidikan kini semakin mencabar. Dalam konteks ini, UiTM turut tidak ketinggalan dalam memacu teknik penyampaian serta perkhidmatan universiti yang lebih berkesan seiring dengan tuntutan kemajuan teknologi. Tambahan lagi, ekonomi pada masa hadapan ditentukan oleh kemajuan teknologi. MBSB Bank selaku salah satu syarikat yang terlibat dalam teknologi terkini dilihat mampu meneroka dengan lebih dalam bidang ini khusunya melalui kolaborasi yang dilaksanakan bersama UiTM. UiTM berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dengan MBSB Bank yang sedang memacu tinggi dalam menjadi bank terkemuka khususnya dalam perbankan Islam. Menerusi kolaborasi ini, kita dapat melebar luas dan merancakkan lagi bidang digital, ekonomi lestari, akademik dan penyelidikan antara kedua-dua pihak.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Speech) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Janor, Roziah roziahmj@uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Vice Chancellor Office |
Event Title: | Memorandum persefahaman (MOU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan MBSB Bank Berhad |
Event Dates: | 14 Februari 2023 |
Page Range: | pp. 1-6 |
Keywords: | MOU, Universiti Teknologi MARA (UiTM), MBSB Bank Berhad |
Collections: | UiTM Vice Chancellor |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91574 |