Abstract
Saya niatkan penulisan ini menjadi motivasi untuk setiap insan yang bercita-cita menggapai ijazah PHD. Berani bermimpi dan terus berusaha mencapainya, dengan izinNYA tiada yang mustahil. Ilmu suluh hidup Dibesarkan didalam sebuah keluarga yang sederhana dengan keperluan yang sekadar mencukupi. Saya bersekolah rendah di sekolah kecil terletak di luar bandar di Kemaman. Sedari kecil saya dimotivasikan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya dapat keluar dari kepompong kehidupan yang sukar. Alhamdulilah saya bersyukur mendapat peluang tersebut melalui keputusan UPSR yang cemerlang dengan tawaran persekolahan di SBP iaitu Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud. Pengalaman yang cukup mendewasakan di SBP di Kuala Terengganu telah menyediakan saya dengan impian yang lebih tinggi melalui kecemerlangan akademik.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Umor, Noor Azrimi UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | PHD, mimpi, reality, UPSR, SBP |
Date: | January 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91539 |