Laporan tahunan UiTM 2018

UiTM, Communications Department (2018) Laporan tahunan UiTM 2018. Annual Report. Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Tahun 2018, UiTM terus melonjakkan namanya di persada global dan konsisten dalam usaha untuk memartabatkan bangsa dan negara dengan memperkenalkan pelbagai inovasi tanpa mengabaikan visi, misi serta falsafah penubuhannya. Setiap kejayaan, pencapaian dan kecemerlangan yang diraih secara langsung akan menjamin kemampanan universiti dan seterusnya, membolehkan UiTM memberi nilai tambah dan perubahan signifikan kepada masyarakat juga dunia. Ini selaras dengan tema universiti yang diangkat pada tahun 2018 iaitu 'Inovasi dan Kemampanan memacu Kecemerlangan Global'. Seiring dengan perkembangan dan perubahan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), UiTM sentiasa memastikan graduan yang dilahirkan bukan sahaja berkemahiran tinggi, kreatif dan kritis, tetapi fleksibel serta bersedia dalam era globalisasi dan digital ini. Sehubungan itu, pada tahun ini universiti mengoptimumkan keupayaan dan pencapaiannya dengan memberi fokus kepada lapan (8) teras utama dengan 25 petunjuk prestasi utama (KPI). Antara teras uatama tersebut ialah: • Pertama, mewujudkan Kampus Digital • Kedua, menambah Sumber Hasil Kewangan Alternatif • Ketiga, meningkatkan Bajet untuk Infrastruktur dan Infostruktur • Keempat, meningkatkan Keupayaan Staf • Kelima, memperkasakan Agenda Pengantarabangsaan • Keenam, meningkatkan Pengalaman Pembelajaran • Ketujuh, menambah Bilangan Pelajar Baharu • Kelapan, meningkatkan Penarafan dan Pengiktirafan Dalam pada itu, inisiatif tahun 2018 dilaksanakan bersandarkan agenda transformasi UiTM selari dengan hala tuju dan matlamat yang disasarkan menerusi perancangan strategik RMKe-11 UiTM dalam mendepani cabaran globalisasi serta perubahan landskap ekonomi dan teknologi. Pada tahun 2018, universiti memantapkan lagi perlaksanaan agenda transformasinya menerusi Program Trans4U 2.0 dengan mengadaptasi lima (5) isu utama yang merangkumi aspek IR4.0, Funding, sustainability, Policy, Talent dan elemen Pioneering University.

Metadata

Item Type: Monograph (Annual Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Communications Department
bkk@uitm.edu.my
Subjects: L Education > L Education (General) > Yearbooks
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: Laporan Tahunan UiTM
Keywords: Laporan tahunan, UiTM, 2018
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91502
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 91502.PDF] Text
91502.PDF

Download (2MB)
[thumbnail of 91502.pdf] Text
91502.pdf
Restricted to Registered users only

Download (170MB)

ID Number

91502

Indexing

Statistic

Statistic details